Full screen preview

Resource Tools

File Information File Size Options

Large

2163 x 1292 pixels (2.8 MP)

7.2 in x 4.3 in @ 300 PPI

960 KB Restricted

Medium

1280 x 765 pixels (1 MP)

4.3 in x 2.6 in @ 300 PPI

274 KB Restricted

Small

640 x 383 pixels

8.9 in x 5.3 in @ 72 PPI

90 KB Restricted

Resource Details

Resource ID

00000277192

Access

Right Managed

Category

General news

Country

MALAYSIA

Date

12 April 13

Byline

HAMZAH MD SOM

Copyright

fotoBERNAMA (DIGI) HAKCIPTA
TERPELIHARA

Caption Writer

HMS/shah/nfh

Camera Make / Model

NIKON D3S

Image Size

2163x1292

Filename

NS05_120413_KES_TEMBAK.jpg

Resource hit(s)

218

Resource download(s)

1

Caption

SEREMBAN, 12 April -- Anggota forensik menjalankan siasatan terhadap kejadian seorang ahli perniagaan maut selepas ditembak dua lelaki yang bersenjatakan pistol ketika sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan SUngai Ujong berhampiran Taman AST di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 1.50 petang itu, mangsa, James John, 45, yang memandu kereta jenis Honda Accord dalam perjalanan dari Taman Permai menuju ke Temiang.
Jurucakap polis berkata, sampai dilokasi kejadian, mangsa yang memandu berseorang berhenti di persimpangan berkenaan ketika lampu bertukar merah.
Katanya, tidak lama selepas itu datang sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki dua lelaki dan terus berhenti di sebelah kenderaan mangsa.
Salah seorang suspek kemudiannya terus mengeluarkan sepucuk pistol jenis semi automatik lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dalam jarak dekat sebelum melarikan diri.
Mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri maut di tempat kejadian akibat terkena beberapa das tembakan di kepala dan bahagian badan.
Siasatan awal di tempat kejadian pihak polis menjumpai sebanyak 12 kelongsong peluru jenis 9 milimeter berhampiran kenderaan mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi di sini mengesahkan kejadian itu.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA